Tuesday 31 January 2012

Penjagaan Gigi

Salam...Malam ni Ana nak bercerita  tentang penjagaan gigi ,bidang pengkhususan Ana.

Gigi adalah aset kita yang penting yang dijadikan oleh Allah SWT.Cuba bayangkan anda tidak mempunyai gigi... Hmmm... tak comelkan, malah akan merendahkan kenyakinan diri anda dikhalayak ramai.Kebanyakan daripada kita ,tidak mementingkan penjagaan kita, ambil mudah,,, ini kerana kurangnya kesedaran tentang kepentingannya. Jika kita tahu,sudah tentu kita akan berusaha menjaganya sebaik mungkin.
 Manusia mempunyai 2 set gigi iaitu gigi susu dan gigi kekal. Bilangannya pula adalah sebanyak 20 batang bagi gigi susu manalaka 32 batang untuk gigi kekal..Cuba kira anda mempunyai berapa batang gigi.. 4 jenis gigi terdapat didalam mulut kita iaitu gigi kacip(insisor), gigi taring( Kanin) ,gigi geraham kecil (premolar) dan gigi Geraham Besar (Molar).Gigi-gigi ini dijadikan dengan fungsi-fungsi tertentu iaitu untuk mengigit makanan,mengoyak ,menghancur dan mengisar makanan.Makanan yang dimakan akan mengalami proses pencernaan yang pertama dimulut kita, bersama-sama dengan enzim yang terdapat dalam airliur akan membentuk bolos sebelum makanan itu ditelan . Bayangkan bagi orang yang tiada mempunya gigi, makanan akan ditelan tanpa mengalami proses ini dan akan menyebabkan perut akan bekerja dengan lebih kuat dan kurangnya penghadaman ini akan menyebabkan lambatnya penyerapan zat-zat makanan kedalam tubuh kita.
......Bersambung

Taklimat Penalti terhadap pharmaniaga.

Hmmm... Hari ini satu hari berada di auditorium Hospital Sungai Buloh utk mendengar taklimat ini...Bersama-sama dengan Dr. Morni, Dr. Rauzi dan Dr. Patimah duduk berdekatan, khusyuk mendengar taklimat ini sampai mengantuk...Penuh juga auditorium ini ,kerana peserta melibatkan 3 buah negeri iaitu Perak, Selangor dan Wilayah... Jumpa kawan lama... Dr. Noor Zufa...Balik kerumah pada pukul 5.10petang..Penatnya....

Saturday 28 January 2012

facebook

Salam. Bertemu kembali. Facebook. FB. Anak2 di rumah kemaruk fb. Semuanya ada fb kecuali yang bongsu. Ana pun tidak terkecuali. Fb anak telah dibuat oleh anak Ana. Jadi, Ana bolehlah mencari kawan2 Ana yang terlost contact semasa menuntut di Universiti Malaya, Sekolah Menengan Sains, Melaka / MOZAC dan di MGHS serta di SK Sungai Udang, Melaka. Best jugak ada fb ni :)