Tuesday 5 June 2012

Seminar Keselamatan Pekerjaan


Hari ini telah diadakan seminar keselamatan pekerjaan di hospital Sungai buloh...Hmmm pejabat Pergigian daerah Sabak Bernam telah pun menghantar 13 orang anggota ke seminar tersebut... kandungan seminar termasuklah hand hygiene ,kawalan jangkitan silang ....tamat program pada pukul 3.30 petang..disamping seminar , pameran inpvasi jugak diadakan... mengambil bahagian inovasi bertajuk 3 safety NR..







Sunday 3 June 2012

Percutian di Pulau pangkor

Seronok jugak bercuti di Pulau Pangkor, bersama dengan family kakak... Menginap di Coral Bay Resort.
Apartment 3 bilik tak berapa cantik...tapi oklah untuk menginap  selama 3 hari.... hari pertama penatlah,lepas check in lepak kat bilik... hari kedua, menaiki bot menyusuri pulau yang terdapat di sana...Akhirnya ,kami berkelah di Pulau Coral ,sambil berenang sambil menyelam... anak-anak nampaknya gembira sekali.....Insyaaallah cuti yang akan datang mereka akan dibawa bercuti ditempat yang lebih menarik lagi...

Hafiz,bukan main seronoknya...

Keindahan Pulau Pangkor dalam sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin

Nurain dan Nuraisyah berposing 


13 orang didalam satu bot... hmmmm gembiranya..






 Nur ain bergambar di coral bearch














Saturday 11 February 2012

Research costing

Pada hari Jumaat (semalam) Ana ke Bah. Pergigian KKM untuk menghadiri perbincangan Costing dengan Dr. Natifah dan Dr. Mazlina. Ana terlibat dengan costing dentur bahagian klinikal...Hmm letihnya dari pukul 6.30pagi ke  pukul 7 malam,baru sampai kerumah.. Hasil perbincangan masih terdapat lagi data yang tidak sama dengan prosedur dentur.Apalagi ..kenalah buat semula 'dummy table' costing , banyak tu...
 Selepat solat Suboh pagi  tadi, Ana betulkan data dan run kembali SPSS...dan akhirnya pukul 6.00 petang tadi 15 dummy table telah dapat disiapkan...Lega betul rasanya. 3 table lagi akan menyusul apabila di campurkan dengan prosedur makmal nanti....

Monday 6 February 2012

Cuti Maulidur Rrasul

Salam.. cuti umum Maulidur Rasul jatuh pada hari Ahad dan hari isnin merupakan cuti gantian..dan bersambung pula pada esok hari dimana penganut Hindu menyambut hari Thaipusam... Anak -anak Ana yang duduk di asrama pun balik kerumah... gamat dibuatnya. cuti ini dipenuhi dengan menonton program keagamaan dan diharapkan dapat meningkatkan rasa kecintaan kepada kekasih Allah SWT. Pada sebelah malamnya, ana mengajar anak Ana Nur Ain membuat cookies... Coklat Cookies... masing-masing tidak sabar menunggu cookies tu masak....seronoknya..

Larian Bendang pada hari Sabtu 4/2/2012

Larian Bendang ini diadakan bagi mengutip dana bagi kontijen sukan yang akan mewakili Jabatan Kesihatan Selangor ke Sabah pada tahun ini. Sukan diantara jabatan kesihatan ini diadakan setiap 2 tahun sekali... Ana pun menyertailah larian bendang ini dimana yuran penyertaannya adalah RM 10.00 sahaja. Peserta dianggarkan seramai 180 orang. Pejabat Ana hantar 4 orang sahaja, maklumlah minggu cuti yang panjang ini ada diantara mereka menghadiri kenduri dan balik kampung....Ana berjalan kaki dengan Dr. Jamaliah, berpeluh jugaklah...

Wednesday 1 February 2012

sambungan Penjagaan Gigi

Ketemu kembali.. malam ini Ana akan bercerita lagi...
 Hmmm.. mestilah cerita pasal penjagaan gigi.
Gigi yang terdapat dalam mulut kita mestilah dijaga dengan sempurna agar ianya dapat bertahan sepanjang hidup kita.Menurut badan Kesihatan sedunia, WHO (World Health Organization), kita hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 60 batang gigi yang berfungsi didalam mulut pada usia 60 tahun supaya kualiti hidup kita pada masa itu terjamin. Maksudnya  gigi kita dapat berfungsi dengan sempurna tanpa menggunakan prosthesis pada masa itu. Bagi mencapai maklamat tersebut,  kerajaan telah memberi rawatan percuma kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah secara incremental care, rawatan percuma kepada ibu mengandung, rawatan kepada kanak-kanak prasekolah dan telah dilanjutkan kepada kanak-kanak toddler. Diharapkan strategi ini dapat menyemai kesedaran pergigian  dikalangan kumpulan sasar tersebut agar dapat menjaga gigi mereka apabila mereka dewasa kelak. kumpulan sasar ini bukan sahaja diberi rawatan, malah diberikan ceramah dan ditunjukajar cara pemberusan kita secara berkesan .Pemberusan gigi cara berkesan amat penting untuk menghindarkan penyakit pergigian. Penyakit pergigian yang kerap berlaku adalah penyakit gusi dan karies gigi.... bayangkan kedua-dua penyakit ini dapat kita hindari dengan mudah iaitu dengan memberus gigi.. cuma ambil beberapa minit sahaja dan pastikan semua permukaan gigi dan gusi diberus supaya sisa makanan dapat dikeluarkan. Buat pengetahuan anda semua , ada 4 faktor yang menyebabkan penyakit pergigian ini iaitu substrat, plak.host (perumah iaitu gigi) dan masa. Apabila keemapat faktor ini bertindakbalas maka terjadinya karies gigi.....Bagi penyakit gusi pula plak ( iaitu satu lapisan nipis/ filem yang terbentuk pada permukaan gigi , mengandungi berjuta-juta bakteria) akan mengeluarkan toxin yang akan menyerang gusi menyebabkan penyakit gusi (gingivitis)...Oklah setakat ini...nanti ana akan sambung lagi ....

Tuesday 31 January 2012

Penjagaan Gigi

Salam...Malam ni Ana nak bercerita  tentang penjagaan gigi ,bidang pengkhususan Ana.

Gigi adalah aset kita yang penting yang dijadikan oleh Allah SWT.Cuba bayangkan anda tidak mempunyai gigi... Hmmm... tak comelkan, malah akan merendahkan kenyakinan diri anda dikhalayak ramai.Kebanyakan daripada kita ,tidak mementingkan penjagaan kita, ambil mudah,,, ini kerana kurangnya kesedaran tentang kepentingannya. Jika kita tahu,sudah tentu kita akan berusaha menjaganya sebaik mungkin.
 Manusia mempunyai 2 set gigi iaitu gigi susu dan gigi kekal. Bilangannya pula adalah sebanyak 20 batang bagi gigi susu manalaka 32 batang untuk gigi kekal..Cuba kira anda mempunyai berapa batang gigi.. 4 jenis gigi terdapat didalam mulut kita iaitu gigi kacip(insisor), gigi taring( Kanin) ,gigi geraham kecil (premolar) dan gigi Geraham Besar (Molar).Gigi-gigi ini dijadikan dengan fungsi-fungsi tertentu iaitu untuk mengigit makanan,mengoyak ,menghancur dan mengisar makanan.Makanan yang dimakan akan mengalami proses pencernaan yang pertama dimulut kita, bersama-sama dengan enzim yang terdapat dalam airliur akan membentuk bolos sebelum makanan itu ditelan . Bayangkan bagi orang yang tiada mempunya gigi, makanan akan ditelan tanpa mengalami proses ini dan akan menyebabkan perut akan bekerja dengan lebih kuat dan kurangnya penghadaman ini akan menyebabkan lambatnya penyerapan zat-zat makanan kedalam tubuh kita.
......Bersambung

Taklimat Penalti terhadap pharmaniaga.

Hmmm... Hari ini satu hari berada di auditorium Hospital Sungai Buloh utk mendengar taklimat ini...Bersama-sama dengan Dr. Morni, Dr. Rauzi dan Dr. Patimah duduk berdekatan, khusyuk mendengar taklimat ini sampai mengantuk...Penuh juga auditorium ini ,kerana peserta melibatkan 3 buah negeri iaitu Perak, Selangor dan Wilayah... Jumpa kawan lama... Dr. Noor Zufa...Balik kerumah pada pukul 5.10petang..Penatnya....

Saturday 28 January 2012

facebook

Salam. Bertemu kembali. Facebook. FB. Anak2 di rumah kemaruk fb. Semuanya ada fb kecuali yang bongsu. Ana pun tidak terkecuali. Fb anak telah dibuat oleh anak Ana. Jadi, Ana bolehlah mencari kawan2 Ana yang terlost contact semasa menuntut di Universiti Malaya, Sekolah Menengan Sains, Melaka / MOZAC dan di MGHS serta di SK Sungai Udang, Melaka. Best jugak ada fb ni :)