Wednesday 1 February 2012

sambungan Penjagaan Gigi

Ketemu kembali.. malam ini Ana akan bercerita lagi...
 Hmmm.. mestilah cerita pasal penjagaan gigi.
Gigi yang terdapat dalam mulut kita mestilah dijaga dengan sempurna agar ianya dapat bertahan sepanjang hidup kita.Menurut badan Kesihatan sedunia, WHO (World Health Organization), kita hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 60 batang gigi yang berfungsi didalam mulut pada usia 60 tahun supaya kualiti hidup kita pada masa itu terjamin. Maksudnya  gigi kita dapat berfungsi dengan sempurna tanpa menggunakan prosthesis pada masa itu. Bagi mencapai maklamat tersebut,  kerajaan telah memberi rawatan percuma kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah secara incremental care, rawatan percuma kepada ibu mengandung, rawatan kepada kanak-kanak prasekolah dan telah dilanjutkan kepada kanak-kanak toddler. Diharapkan strategi ini dapat menyemai kesedaran pergigian  dikalangan kumpulan sasar tersebut agar dapat menjaga gigi mereka apabila mereka dewasa kelak. kumpulan sasar ini bukan sahaja diberi rawatan, malah diberikan ceramah dan ditunjukajar cara pemberusan kita secara berkesan .Pemberusan gigi cara berkesan amat penting untuk menghindarkan penyakit pergigian. Penyakit pergigian yang kerap berlaku adalah penyakit gusi dan karies gigi.... bayangkan kedua-dua penyakit ini dapat kita hindari dengan mudah iaitu dengan memberus gigi.. cuma ambil beberapa minit sahaja dan pastikan semua permukaan gigi dan gusi diberus supaya sisa makanan dapat dikeluarkan. Buat pengetahuan anda semua , ada 4 faktor yang menyebabkan penyakit pergigian ini iaitu substrat, plak.host (perumah iaitu gigi) dan masa. Apabila keemapat faktor ini bertindakbalas maka terjadinya karies gigi.....Bagi penyakit gusi pula plak ( iaitu satu lapisan nipis/ filem yang terbentuk pada permukaan gigi , mengandungi berjuta-juta bakteria) akan mengeluarkan toxin yang akan menyerang gusi menyebabkan penyakit gusi (gingivitis)...Oklah setakat ini...nanti ana akan sambung lagi ....

0 comments:

Post a Comment