Saturday 11 February 2012

Research costing

Pada hari Jumaat (semalam) Ana ke Bah. Pergigian KKM untuk menghadiri perbincangan Costing dengan Dr. Natifah dan Dr. Mazlina. Ana terlibat dengan costing dentur bahagian klinikal...Hmm letihnya dari pukul 6.30pagi ke  pukul 7 malam,baru sampai kerumah.. Hasil perbincangan masih terdapat lagi data yang tidak sama dengan prosedur dentur.Apalagi ..kenalah buat semula 'dummy table' costing , banyak tu...
 Selepat solat Suboh pagi  tadi, Ana betulkan data dan run kembali SPSS...dan akhirnya pukul 6.00 petang tadi 15 dummy table telah dapat disiapkan...Lega betul rasanya. 3 table lagi akan menyusul apabila di campurkan dengan prosedur makmal nanti....

Monday 6 February 2012

Cuti Maulidur Rrasul

Salam.. cuti umum Maulidur Rasul jatuh pada hari Ahad dan hari isnin merupakan cuti gantian..dan bersambung pula pada esok hari dimana penganut Hindu menyambut hari Thaipusam... Anak -anak Ana yang duduk di asrama pun balik kerumah... gamat dibuatnya. cuti ini dipenuhi dengan menonton program keagamaan dan diharapkan dapat meningkatkan rasa kecintaan kepada kekasih Allah SWT. Pada sebelah malamnya, ana mengajar anak Ana Nur Ain membuat cookies... Coklat Cookies... masing-masing tidak sabar menunggu cookies tu masak....seronoknya..

Larian Bendang pada hari Sabtu 4/2/2012

Larian Bendang ini diadakan bagi mengutip dana bagi kontijen sukan yang akan mewakili Jabatan Kesihatan Selangor ke Sabah pada tahun ini. Sukan diantara jabatan kesihatan ini diadakan setiap 2 tahun sekali... Ana pun menyertailah larian bendang ini dimana yuran penyertaannya adalah RM 10.00 sahaja. Peserta dianggarkan seramai 180 orang. Pejabat Ana hantar 4 orang sahaja, maklumlah minggu cuti yang panjang ini ada diantara mereka menghadiri kenduri dan balik kampung....Ana berjalan kaki dengan Dr. Jamaliah, berpeluh jugaklah...

Wednesday 1 February 2012

sambungan Penjagaan Gigi

Ketemu kembali.. malam ini Ana akan bercerita lagi...
 Hmmm.. mestilah cerita pasal penjagaan gigi.
Gigi yang terdapat dalam mulut kita mestilah dijaga dengan sempurna agar ianya dapat bertahan sepanjang hidup kita.Menurut badan Kesihatan sedunia, WHO (World Health Organization), kita hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 60 batang gigi yang berfungsi didalam mulut pada usia 60 tahun supaya kualiti hidup kita pada masa itu terjamin. Maksudnya  gigi kita dapat berfungsi dengan sempurna tanpa menggunakan prosthesis pada masa itu. Bagi mencapai maklamat tersebut,  kerajaan telah memberi rawatan percuma kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah secara incremental care, rawatan percuma kepada ibu mengandung, rawatan kepada kanak-kanak prasekolah dan telah dilanjutkan kepada kanak-kanak toddler. Diharapkan strategi ini dapat menyemai kesedaran pergigian  dikalangan kumpulan sasar tersebut agar dapat menjaga gigi mereka apabila mereka dewasa kelak. kumpulan sasar ini bukan sahaja diberi rawatan, malah diberikan ceramah dan ditunjukajar cara pemberusan kita secara berkesan .Pemberusan gigi cara berkesan amat penting untuk menghindarkan penyakit pergigian. Penyakit pergigian yang kerap berlaku adalah penyakit gusi dan karies gigi.... bayangkan kedua-dua penyakit ini dapat kita hindari dengan mudah iaitu dengan memberus gigi.. cuma ambil beberapa minit sahaja dan pastikan semua permukaan gigi dan gusi diberus supaya sisa makanan dapat dikeluarkan. Buat pengetahuan anda semua , ada 4 faktor yang menyebabkan penyakit pergigian ini iaitu substrat, plak.host (perumah iaitu gigi) dan masa. Apabila keemapat faktor ini bertindakbalas maka terjadinya karies gigi.....Bagi penyakit gusi pula plak ( iaitu satu lapisan nipis/ filem yang terbentuk pada permukaan gigi , mengandungi berjuta-juta bakteria) akan mengeluarkan toxin yang akan menyerang gusi menyebabkan penyakit gusi (gingivitis)...Oklah setakat ini...nanti ana akan sambung lagi ....