Tuesday 31 January 2012

Penjagaan Gigi

Salam...Malam ni Ana nak bercerita  tentang penjagaan gigi ,bidang pengkhususan Ana.

Gigi adalah aset kita yang penting yang dijadikan oleh Allah SWT.Cuba bayangkan anda tidak mempunyai gigi... Hmmm... tak comelkan, malah akan merendahkan kenyakinan diri anda dikhalayak ramai.Kebanyakan daripada kita ,tidak mementingkan penjagaan kita, ambil mudah,,, ini kerana kurangnya kesedaran tentang kepentingannya. Jika kita tahu,sudah tentu kita akan berusaha menjaganya sebaik mungkin.
 Manusia mempunyai 2 set gigi iaitu gigi susu dan gigi kekal. Bilangannya pula adalah sebanyak 20 batang bagi gigi susu manalaka 32 batang untuk gigi kekal..Cuba kira anda mempunyai berapa batang gigi.. 4 jenis gigi terdapat didalam mulut kita iaitu gigi kacip(insisor), gigi taring( Kanin) ,gigi geraham kecil (premolar) dan gigi Geraham Besar (Molar).Gigi-gigi ini dijadikan dengan fungsi-fungsi tertentu iaitu untuk mengigit makanan,mengoyak ,menghancur dan mengisar makanan.Makanan yang dimakan akan mengalami proses pencernaan yang pertama dimulut kita, bersama-sama dengan enzim yang terdapat dalam airliur akan membentuk bolos sebelum makanan itu ditelan . Bayangkan bagi orang yang tiada mempunya gigi, makanan akan ditelan tanpa mengalami proses ini dan akan menyebabkan perut akan bekerja dengan lebih kuat dan kurangnya penghadaman ini akan menyebabkan lambatnya penyerapan zat-zat makanan kedalam tubuh kita.
......Bersambung

0 comments:

Post a Comment